Selasa, 31 Julai 2007

31 Julai 07 - Langkah Pertama

Rutin hidup aku sama saje, terutama Isnin sampai Jumaat. Tak banyak berubah. Hari-hari jugakla aku guna Komuter dan Star LRT untuk sampai ke tempat training. Penatnya tak payah cakapla tapi dah 2 minggu aku buat benda yang sama. Kira OK lah daripada tak buat apa-apa kat rumah. Ni lebih kuranglah jadual kehidupan aku sehari-hari.

0600 Alarm handphone W810 aku bunyi dengan lagu Linkin Park "What I've Done"
(dibiarkan berbunyi selama 15 minit)
0615 Bangun-capai tuala-mandi
0623 Masak air
0625 Solat Subuh (alim tau hehehe)
0640 Pakai baju formal
0650 Sarapan sama ada roti,maggi,atau kuih yang akak ipar aku buat
0710 Panaskan enjin kereta
0720 Mula bergerak ke stesyen Komuter UKM
0735 Komuter hentian terhad lalu (dia tak berhenti kat UKM...soodeeehh den)
0742 Komuter sampai
0805 Sampai di Bandar Tasik Selatan - Tukar train ke Star
0810 Train sampai - kejap je tunggu
0835 Sampai stesyen Sultan Ismail
0845 Sampai tempat training - sejukkan badan - bual-bual sifar dengan Azli atau Hisyam
0900 Training bermula
1200 Lunch -biasa lepak kat Menara EON depan tempat training. Best gler
0200 Training disambung semula
0500 Habis training - berlari-lari anak kucing ke stesyen Star
0510 Train sampai
0535 Sampai kat Bandar Tasik
0543 Komuter sampai - dah la macam siput sedut, ramai pulak tu!
0610 Sampai di stesyen UKM..ni kira paling awal la
0620 Sampai rumah - solat
0645 Layan Manjalara
0735 Mandi
0800 Makan malam
0820 Leisure time
1130 Mata dah mula mengantuk
1200 My bed time...whooo hoooo!!


Erkkk setelah diamati dengan penuh keikhlasan, complicated jugak kan??















Mesti korang teruja tengok sipot sedot berkepala kuning, berbadan biru




















Bertuahla kalau dapat naik sipot sedot dalam keadaan harmoni macam ni

nota kaki : sipot sedot tu menggambarkan betapa lembapnya perkhidmatan komuter nieh