Khamis, 4 Oktober 2007

Mengantuk itu indah

Lamanya aku tak update blog. Nak tulis blog ni kena ada feel atau memang aku malas nak menaip. Balik training mesti mengantuk. Pukul 10 tu kira dah sampailah tikanya untuk aku lelap. Paling-paling hebat pun pukul 12 (tanpa pengambilan sebarang minuman tambahan hehehe). Sekarang ni baru pukul 3pm tapi mata aku dah tak boleh nak disendal lagi. Berabuk & berpasir. Aku pasrah dah rela. Nak buat project, info takde. Nak tido, lecturer ada belakang. Nak keluar, nak lari ke mana plak. Aku redha huahuahua.Setelah analisis dijalankan, baru aku sedar aku tidur 4 jam je malam tadi. Gara-gara layan filem die hard 4 yang OK tu (Maggie Q mati cepat bebenor). Balik ni mungkin nak jengah bazar ramadhan. Nak beli apa tak tau. Semalam aku dah bedal murtabak Singapore. RM6 ringgit tu tapi OK lah macam filem Die Hard 4 tu.Bosannya.Rutin hidup sama je.BOSAN BOSAN BOSAN

Selasa, 31 Julai 2007

0821 - Kucing & Gadis

Situasi ~ dalam train LRT
aku perasan ada anak kucing merayau-rayau dalam train
tiba-tiba akak depan aku menjerit terkejut (sambil menutup mulut)
mesti kucing lalu kat kaki dia
ada yang ketawa, aku senyum je
ada jugak humornya
akak tadi tersipu-sipu ayu

Hello Kitty!! Nicely Done!!!!!!!


Janganlah marah kak

0752 - Polemik dan Punggung

Hari ni dapat koc paling hujung
Ramai tapi tak sesak
Namun tetap kena berdiri
Sampai Kajang ada uncle tua (senior citizen) yang bukan dari kaum
yang mendakwa diri mereka tu keturunan baik-baik
Kesian dia, mencari-cari tempat duduk...tapi..
takde
Keliling tempat uncle tu berdiri, ada 4 lelaki yang mendakwa mereka tu keturunan
baik-baik serta maksum
Uncle tu tengok je kebiadapan yang sangat nyata
Lebih mengejutkan, salah seorang dari lelaki tu membuat sesuatu yang
bertentangan dengan kebiadapannya.
Tak perlulah diberitahu kerana ia isu sensitif
Maka uncle tu berdirila sampai aku keluar train
Kesian
Aku rasa 4 lelaki tak sekolah tu mengalami masalah 'erectile dysfunction' dan
menganggap mereka berada dalam golongan 'stupid retarded' yang layak
untuk terus duduk...

31 Julai 07 - Langkah Pertama

Rutin hidup aku sama saje, terutama Isnin sampai Jumaat. Tak banyak berubah. Hari-hari jugakla aku guna Komuter dan Star LRT untuk sampai ke tempat training. Penatnya tak payah cakapla tapi dah 2 minggu aku buat benda yang sama. Kira OK lah daripada tak buat apa-apa kat rumah. Ni lebih kuranglah jadual kehidupan aku sehari-hari.

0600 Alarm handphone W810 aku bunyi dengan lagu Linkin Park "What I've Done"
(dibiarkan berbunyi selama 15 minit)
0615 Bangun-capai tuala-mandi
0623 Masak air
0625 Solat Subuh (alim tau hehehe)
0640 Pakai baju formal
0650 Sarapan sama ada roti,maggi,atau kuih yang akak ipar aku buat
0710 Panaskan enjin kereta
0720 Mula bergerak ke stesyen Komuter UKM
0735 Komuter hentian terhad lalu (dia tak berhenti kat UKM...soodeeehh den)
0742 Komuter sampai
0805 Sampai di Bandar Tasik Selatan - Tukar train ke Star
0810 Train sampai - kejap je tunggu
0835 Sampai stesyen Sultan Ismail
0845 Sampai tempat training - sejukkan badan - bual-bual sifar dengan Azli atau Hisyam
0900 Training bermula
1200 Lunch -biasa lepak kat Menara EON depan tempat training. Best gler
0200 Training disambung semula
0500 Habis training - berlari-lari anak kucing ke stesyen Star
0510 Train sampai
0535 Sampai kat Bandar Tasik
0543 Komuter sampai - dah la macam siput sedut, ramai pulak tu!
0610 Sampai di stesyen UKM..ni kira paling awal la
0620 Sampai rumah - solat
0645 Layan Manjalara
0735 Mandi
0800 Makan malam
0820 Leisure time
1130 Mata dah mula mengantuk
1200 My bed time...whooo hoooo!!


Erkkk setelah diamati dengan penuh keikhlasan, complicated jugak kan??















Mesti korang teruja tengok sipot sedot berkepala kuning, berbadan biru




















Bertuahla kalau dapat naik sipot sedot dalam keadaan harmoni macam ni

nota kaki : sipot sedot tu menggambarkan betapa lembapnya perkhidmatan komuter nieh