Khamis, 4 Oktober 2007

Mengantuk itu indah

Lamanya aku tak update blog. Nak tulis blog ni kena ada feel atau memang aku malas nak menaip. Balik training mesti mengantuk. Pukul 10 tu kira dah sampailah tikanya untuk aku lelap. Paling-paling hebat pun pukul 12 (tanpa pengambilan sebarang minuman tambahan hehehe). Sekarang ni baru pukul 3pm tapi mata aku dah tak boleh nak disendal lagi. Berabuk & berpasir. Aku pasrah dah rela. Nak buat project, info takde. Nak tido, lecturer ada belakang. Nak keluar, nak lari ke mana plak. Aku redha huahuahua.Setelah analisis dijalankan, baru aku sedar aku tidur 4 jam je malam tadi. Gara-gara layan filem die hard 4 yang OK tu (Maggie Q mati cepat bebenor). Balik ni mungkin nak jengah bazar ramadhan. Nak beli apa tak tau. Semalam aku dah bedal murtabak Singapore. RM6 ringgit tu tapi OK lah macam filem Die Hard 4 tu.Bosannya.Rutin hidup sama je.BOSAN BOSAN BOSAN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

weh tak update dah ker? ker wat blog baru plak?

Akmal Khalidah berkata...

`itulah..asyik main internet je...tak nak belajar..pasni ikut dak liah belajar..nanti dpt pi asrama penuh'
hermm...kutuk ker puji ker sindir??